Hakiminvestigasi.com

Bentong_Delegasi Parlimen Bentong, Malaysia, yang dipimpin oleh Young Syefura, telah melakukan kunjungan hormat ke Jawa Barat, Indonesia, dan berkesempatan bertemu dengan Gubernur Jawa Barat, Kang Dedi Mulyadi, di Lembur Pakuan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mempererat hubungan diplomasi dua hala antara Malaysia dan Indonesia, serta melakukan pertukaran idea dan pengalaman dalam bidang pentadbiran, pengurusan media sosial, dan gerak kerja politik.

Selama pertemuan, pelbagai perkara telah dibincangkan, termasuk strategi peningkatan kerja sama antara kedua-dua negara. Young Syefura mengucapkan terima kasih kepada Kang Dedi Mulyadi dan seluruh warga Pejabat Gubernur Jawa Barat atas sambutan hangat dan kesempatan untuk berdialog.

“Pertemuan ini memberi motivasi dan pengalaman berharga kepada saya dan pegawai-pegawai saya, dan kami berharap dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman ini untuk kebaikan warga Bentong Kita,” ujar Young Syefura.

Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan Malaysia-Indonesia dan membawa manfaat bagi kedua-dua negara.

#BentongKita#kangdedijabar#

(Redaksi)